BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 24, 2009

Duhai


Syukur alhamdulillah. Aku ingatkan dah tak dapat cuti sempena krismes ni. Akhirnya aku memberanikan diri menghantar mesej pada bos aku tercinta. Huhu. Dengan hanya beberapa saat,bos aku membalas mesej,katanya ok! Jawapan ini yang aku tunggu-tunggukan. Aduhai.
Betapa bestnya. Huhu. Dapat juga luangkan masa untuk family. Tp yeker untuk family? Hehe. Ke untuk bantal musyuk dengan tilam empuk. Huahua. Apa-apa pun, biar je la. Asalkan dapat cuti pun jadi.


Mery Cristmas

P/S : Menyelamatkan diri dari melakukan sebarang aktiviti. Huhu.

Lamanye..

Aduh,dah lama sangat aku tak update blog nie. Biasa la,kadanng-kadang datang time rajin,rajin la. Lau ada sifat malas,jangan harap la. Huhu. Asyik nak on9 je tawu.

Erm..pejam celik,pejam celik dah nak masuk tahun baru. Apa la azam aku tahun ni ye? Lom terfikir lagi sebenarnya. Time mengupdate blog ni pun masih ada lagi sifat kemalasan yang teramat. Huhu. Bagus tak aku sebagai seorang anak dara. Hehe. Hmm.

Sambil ako update,sambil mendengar lagu dari wonder girls (Nobody). Best giler. Macam berada dibumi New Zealand pula. Hehe. Hai apa la yang aku melalut ni.


P/S : Jangan amalkan sifat malas k. :)

Wednesday, December 9, 2009

Sunyi

Gundah gulana. Itu la ayat yang tersirat di dalam benak saya. Hendak meluahkan apa yang tersirat pun tak pasti. Jadi seperti orang yang kena pukau. Herm.

Ujian dari yang maha esa. Itu aje yang boleh saya tafsirkan. Terlalu berat untuk di pikul. Hati ini sunyi sangat. Mana taknye,setiap pagi asyik dok mesej. Kejap2 col. Sekarang hidup ini tidak seperti hari2 yang sebelumnya. Kudratku tidak berdaya untuk menghadapi liku2 hidup. Seolah-olah dunia sudah kelam.

Fikiran pula asyik melayang entah ke mana. Dada ini terasa tersekat2 untuk mengungkapkan kata-kata. Pedih,sedih,kecewa dan hiba semua bercampur baur. Yaallah,kuatkan lah semangat ku ini yaallah.

Ape yang saya fikir,kadang kala hidup ini adalah drama semata untuk menguji sejauh mana keimanan kita dan kesediaan kita untuk menghadapi roda hidup.

Aggaplah hububgan kita ini tiada jodoh. Rintih hati ini bila mengenangkan kamu.

Terkesima!

Sedih,itu aje yang boleh saye katakan. Akhirnye hubungan yang terjalin hampir setahun terlerai jua. Just disebabkan kesalahan kecil. Tatkala si dia merungkaikan kata putus,hati nie bak terkena kejutan. Sedih bukan. Yela,orang yang kite sayang akhirnye tiada depan mata. Pergi entah ke mana. Sabar je hati nie menghadapi dugaan. "Yaallah tabahkan lah hati hambamu ini"

Sayu je rasa hati bila saye memikirkan episod2 cinta yang mula berputik. Tarikh 28/10/2008 menjadi saksi. Aleh2 ape yang saye impikan terlerai. Yaallah. Sambil tu sempat juga melayan lagu sedih. AXL-Akulah kekasihmu & Andai dapat ku undurkan waktu. Betul ke tak tajuk lagu tu entah la. Fikiran dah blur. Aduhai.

Bukan senang untuk melupakan cinta yang pernah berputik. Apakah orang lain yang lihat muke saye akan mengetahui? Saye terpaksa pergi kerana menyedari keadaanya. Hati ini cuba untuk pulih.

Kasih tuhan tidak pernah putus dalam menghibur dan mengubati hati umatnya yang terluka,dan tuhan tidak pernah meninggalkan umatnya berkubang dalam kesusahan seorang diri.

Setelah sekian lama saye mengalami kesedihan,akhirnya saye akur. Jodoh pertemuan tu semuanya kehendak yang maha esa. Walaupun hati ini masih menyanyangi si dia. Perginya si dia,meninggalkan luka yang sangat dalam. Keluh kesah hati saye di buatnya.

Maafkan segala kesalahan saye pada awak. Halalkan semua. Anggaplah sebelum ini kite tak pernah kenal.

Ok la semua,saye nak relex2 jap. Fikiran pun dah serabut. Nytez semua. :-(